Posts

Nina Gila Shopping

Kringg! Loceng berbunyi menandakan tamatnya persekolahan. Masing - masing sibuk menjelaskan apa yang mahu dibuat setibanya di rumah. " Saya mahu mandi, solat dan tidur puas - puas"  jawab salah seorang murid di kelas itu. " keluarga saya ajak lunch dekat Papa Tomyam Seafood" jawab murid lain pula. Tiba tiba seorang murid bangun dan berkata " balik ni tak de ape nak dibuat melainkan shopping ! " siapa lagi tak lain dan tak bukan Nina Juliana binti Tan Sri Hisyam yang merupakan anak seorang jutawan yang kaya raya. Sejak kecil Nina Juliana atau lebih dikenali sebagai Nina meminati shopping. Walhal ibunya sendiri lebih suka bersantai di rumah. Selalunya Nina bershopping bersama teman rapatnya iaitu Muyasarah Karmila binti Dato Abiddin. Bagi mereka duit bukan satu masalah kerana mereka selalu membawa kad kredit yang tak pernah disekat oleh bapa mereka. Mereka dibekalkan kad kredit yang tak pernah disekat kerana bapa mereka berada di luar negara. Bagi memastika...
Recent posts